Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sharifah Hani Yasmin, dia telah menerima barangan berupa lampin bayi dan tuala wanita yang kesemuanya berharga RM1,000 untuk disampaikan kepada yang memerlukan.

Kawan tambah lagi 2 kotak
Lebih mengharukan Sharifah Hani Yasmin adalah permintaan penyumbang tersebut yang hanya mahu didoakan keadaan ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit str0k.
Tak lama selepas itu, rakan kepada insan berhati mulia itu telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan menambah lagi dua kotak penuh lampin bayi serta tuala wanita.

Ada penderma lain juga
Selain daripada itu, dia juga menerima sumbangan lampin bayi dan tuala wanita daripada beberapa orang individu yang turut sama mahu membantu mangsa-mangsa banjir di negeri yang sedang dilanda musibah ketika ini
.
Ada yang sudi tolong angkat barang masuk kereta
Ketika mereka tengah berusaha membawa masuk barangan sumbangan itu ke dalam kereta, seorang lelaki dikenali sebagai Encik Fuad telah datang menghampiri mereka dan membantun membawa kotak-kotak tersebut.
Pertolongan murni mereka semua sangat dihargai oleh Sharifah Hani Yasmin dan pastinya barangan yang diberikan akan terus disumbangkan ke mereka yang memerlukan saat ini.

Leave a Reply