‘Selamat jalan permata hati ibu’ – Kanak2 d3rita kans3r otak meningg4l dunia

“Berakhirlah penderitaan abang. Selamanya abang di hati ibu. Abang tunggu ibu abi kat sana. Doakan kami ke syurga macam abang. Sesungguhnya ibu halalkan susu ibu dan semua untuk abang. I love you abang”

Begitulah luahan hiba Nurul Ashiqin Abd Rahman, ibu kepada Muhammad Al-Huzaifah Ahmad Farhan, kanak-kanak penghidap kanser otak tahap empat yang meningg4l dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut Nurul Ashiqin, tahap kesihatan anaknya semakin merosot sejak beberapa hari yang lalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Muhammad Al-Huzaifah yang berusia empat tahun dikesan menghidap kanser otak selepas tiba-tiba tidak boleh berjalan apabila bangun dari tidur.

Sejak hari itu, kehidupannya berubah sama sekali dari seorang kanak-kanak yang periang dan petah bercakap kepada seorang yang pendiam seolah-olah dia tahu nyawanya tidak panjang.

Semoga Allah merahmati roh Muhammad Al-Huzaifah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*