‘Sayu’- Hajat jumpa isteri tak kesampaian, anggota polis mavt kemal4ngan

Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 337.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini.

Nahas tersebut mengorbankan Koperal Muhamad Fadzli Sabudin, 33, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk menemui isterinya yang belajar di sana.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 3 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah motosikal di tepi lebuhraya dengan penunggangnya telah meninggal dunia.

“Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Ipoh,” katanya di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat berdasarkan kepada kerosakan motosikal tersebut.

Bagaimanapun katanya, semasa pihak polis tiba di lokasi, kenderaan berat berkenaan tiada di tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: K!ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*