Bagi sesiapa yang pernah kehilangan insan tersayang terutamanya ibu bapa, pastinya akan melalui fasa kesakitan akibat rindu yang tidak tertanggung buat mereka yang teah pergi selamanya.
Situasi seperti ini telah dihadapi oleh seorang anak autisme yang dikenali sebagai Muhammad Nazren Firdaus. Muhammad Nazren Firdaus atau lebih mesra dengan panggilan Abang, dikatakan telah kehilangan belaian arwah bapanya pada bulan April tahun lalu.
Rindu seorang anak syurga
Coretan pilu mengenai Abang ini telah ditulis dan dikongsikan oleh seorang kenalan rapat iaitu Natipah Abu menerusi akaun Facebook miliknya. Secara ringkasnya, Abang dan arwah abahnya ini sememangnya sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Setiap hari jumaat, datang jumpa abah

Baring seolah2 Abah ada didepan mata

Arw4h memang terlalu sayangkan Abang

Abang cuma rindu pada abah yang selalu ada

Tersenyum baring di tepi pusara abah
Sekeping gambar Abang berbaring sebelah pusara abahnya turut dikongsikan oleh Kak Pah ini. Rata-rata yang melihat gambar ini pastinya akan mencetuskan rasa hiba dalam diri mereka.

Jadi, sayangilah ibu bapa selagi mereka masih bernyawa dan berada di sisi. Malah, kasih sayang ibu bapa ini pastinya tiada pengganti.
Sumber: Facebook
Leave a Reply