Khas Kepada Yang Tidak Bersuci Dengan Betul

Khas Kepada Yang Tidak Bersuci Dengan Betul

Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Diceritakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW pernah melalui dua buah kubur lalu berhenti. Rasulullah SAW kemudiannya memberitahu kepada para sahabat bahawa kedua-duanya sedang diseksa di dalam ku-bur, dan penyebabnya bukanlah hal yang besar.

“Nabi SAW melewati dua kuburan. Beliau bersabda,”Sesungguhnya keduanya benar-benar sedang di azab. Dan keduanya tidak diazab dalam masalah besar,” kemudian Beliau bersabda: “Ya. Adapun salah seorang di antara mereka, disebabkan ia berjalan dengan menebarkan namimah (adu domba). Sedangkan yang satunya lagi karena tidak menjaga diri dari kencingnya… ” (HR Bukhari, no. 1378)

Penyebab seksa kubur yang pertama adalah kerana sikap suka mengadu domba atau mengumpat.
Kedua, kerana tidak menjaga diri daripada kencing.

Dalam perkongsian kali ini, hal yang ingin difokuskan ialah berkenaan perbuatan bersuci setelah membuang air kecil (kencing).

Tidak menjaga diri daripada air kencing bermakna seseorang itu tidak benar-benar memastikan pakaian yang dipakai tidak terkena percikan air kencing. Kemudian, pakaian yang kotor itu pula dibawa ke dalam solat dan menyebabkan solat tidak sah tanpa sedar.

Selain itu, perlu juga dipastikan bahawa tidak ada lagi air kencing yang berbaki setelah kencing. Dalam erti kata lain, perlu benar-benar memastikan air kencing telah habis keluar. Jika tidak, ada kemungkinan untuk air kencing masih menitis ketika berjalan keluar daripada tandas.

“Dari peringatan ini lah, timbulnya suatu perbincangan di dalam kitab-kitab di bawah tajuk ‘Istibra’ iaitu memastikan air kencing tidak lagi berbaki selepas kencing.”

Terdapat banyak cara bagi memastikan seseorang itu terpelihara daripada air kencing. Pertama, sudah tentu dengan berhati-hati ketika membersihkannya. Seterusnya, boleh juga berdehem atau menunggu lebih lama bagi memastikan air kencing sudah keluar kesemuanya dan tidak ada lagi yang tinggal.

Hal yang nampak kecil ini sesungguhnya besar lebih-lebih lagi apabila kita ingin terus mengambil wuduk dan menunaikan solat. Bersucilah dengan betul agar keseluruhan proses pelaksanaan ibadah kita diterima. Wallahua’lam.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*