Berdepan dengan kehilangan orang tersayang sudah pasti perit untuk diterima apatah lagi jika mereka pergi dengan sekelip mata. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang tahu perasaan tersebut.
Bagi seorang wanita, Faraizzati Mohd Kamis, 26, dia terpaksa menerima kehilangan suami tersayang secara mengejut tanpa sebarang tanda atau pesan.
Lebih menghibakan, juadah terakhir suami sebelum meninggal dunia adalah air tangan si isteri. Malah, mereka juga sempat makan bersama-sama pada malam itu.
Menurut Faraizzati, arwah suaminya Zaharuddin Abu Bakar, 37, tidak mempunyai sebarang penyakit.
”Selepas makan, suami cuma bangun untuk ke dapur minum air, tiba-tiba dia rebah pengsan di dapur rumah. Saya panggil ambulans dan dia telah disahkan meninggal dunia,” kata Faraizzati sebak.
Sementara itu, jenazah Zaharuddin akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Segamat hari ini selepas urusan bedah siasat selesai.
Faraizzati yang sedang mengandungkan anak kedua memohon diberi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini.
Semoga arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah…
Ikuti luahan sayu Faraizzati di bawah:
Siapa sangka ini juadah terakhir yang dimakan arwah suami… Allahu Akhbar… sayu rasa hati…
Mohon doakan semoga saya kuat hadapi dugaan Allah serta dapat menjaga amanah beliau yang berusia 3 tahun serta yang bakal lahir pada raya tahun hadapan… Al-fatihah…
Sumber: Zetie Khamis
Leave a Reply