Besarnya Pengorbanan Anak Kecil iNi, Diikat Dengan Tali Jadi ‘Mata’ Untuk Mak Ayah Cac4t Penglihatan
Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seroang kanak-kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.
Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan 0KU yang mempunyai masalah penglihatan.


Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan.

Mendapat maklumat daripada penduduk sekitar mengatakan bahawa, anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka semua menetap di kawasan gunung.

Indentiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Walau apapun, foto-foto ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inpirasi kepada ramai pihak.
Sumber: CDN
Leave a Reply