Benarkah Bersalaman Selepas Solat Amalan Nabi
Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Bersalaman atau memberi salam merupakan sunnah dan perbuatan para sahabat yang wajar diamalkan sehingga kini.
“Orang yang lebih muda memberi salam kepada mereka yang lebih berusia, yang sedang berdiri memberi salam kepada yang duduk dan yang berkenderaan memberi salam kepada si pejalan kaki.”
Ia merupakan sunnah Baginda yang menekankan ucapan salam dalam perbuatan seharian kita. Salah satu kelebihannya adalah untuk menghubung dan merapatkan silaturahim sesama muslim.
“Tidaklah ada dua orang Muslim itu apabila bertemu, lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 18547)
Namun, terdapat sebuah kemusykilan mengenai amalan bersalaman selepas solat, adakah ia merupakan amalan nabi dan para sahabat atau tidak.
Menurut Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin berkenaan perkara ini –
“Bersalaman (selepas solat) tidak diketahui dalilnya daripada sunnah mahupun para sahabat. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu bersalaman selepas solat (bukan bersandarkan kepada perbuatan nabi) dengan bersandarkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim atau menghadirkan rasa cinta sesama saudara, maka ia adalah tidak mengapa. Ia tidak boleh dilakukan bersandarkan kepada sunnah kerana tiada dalil sahih mengenainya. Adapun perbuatan bersalaman selepas solat itu dibolehkan.” (Majmu’ Fatawa War Rasa-il, jilid 3)
Kesimpulan
Walaupun tiada dalil sahih yang ditemui berkenaan bersalaman selepas solat, namun ia tidak bermaksud tidak boleh melakukannya.
Hal ini kerana, dengan bersalaman itu membolehkan sesebuah ikatan persaudaraan menjadi lebih erat. Bukan mudah untuk berkumpul bagi menunaikan solat jemaah bersama. Maka, inilah masanya untuk menghubungkan silaturahim.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Muslim.Or.Id
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply