Setiap lelaki bergelar suami sudah pasti mempunyai hasrat untuk menggembirakan hati isteri yang telah banyak berkorban di kala susah dan senang selama ini.
Bagi seorang doktor, Dr Amir Faisal Khairi, beliau nekad bekerja keras bagi merealisasikan impian isterinya Munazieraa Ab Aziz yang mahukan sebuah banglo tiga tingkat di atas bukit dan menghadap sebuah tasik.
Menurut Amir Faisal, semuanya bermula apabila beliau secara tidak sengaja terbaca diari zaman kanak-kanak isterinya selepas bernikah sembilan tahun lalu.
Katanya, ketika itu beliau masih lagi bergelar seorang pelajar dan hanya mempunyai sebuah basikal.
Ikuti perkongsian Dr Amir Faisal di bawah:
17 July 2010..
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya… Ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..
Diari tu bertulis: Rumah impian saya iaitu banglo, tiga tingkat, atas bukit dan menghadap tasik.
Saya hanya tersenyum masa tu, saya masih seorang pelajar, harta saya ada cuma basikal.. Saya tutup diari itu.. Tapi saya tak pernah lupa..
It tooks me 9 years of hard work.. Alhamdulillah rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..
Jika ditanya saya apa impian saya, hanya satu iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz.
Leave a Reply