Wang dalam tin Milo dimakan serangga, nenek kerugian hampir tiga ratus ribu

Tular di media sosial beberapa video yang memaparkan ratusan keping wang kertas rosak teruk dipercayai telah dimakan anai-anai.

Menurut sumber, wang tersebut merupakan milik seorang warga emas yang menyimpannya di dalam tin Milo.

Namun, selepas sekian lama menyimpannya di dalam tin tersebut, warga emas itu mahu membukanya untuk mengira jumlah wang yang ada malangnya sebahagian besar wang kertas itu sudah reput.

“Ada berpuluh-puluh ikat wang kertas RM100 yang setiap satunya bernilai RM10,000 dalam tin tersebut.

“Dianggarkan jumlah keseluruhan wang tersebut hampir mencecah RM300,000,” katanya.

Sementara itu, netizen memberi cadangan agar wang-wang tersebut dibawa ke BNM untuk ditukar kepada wang yang baharu namun ada sebahagiannya yang sudah rosak sepenuhnya.


Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*