Ustaz Ebit Lew Sediakan “Food Bank” Bagi Golongan Yang Memerlukan. Moga Dilimpahkan Rezeki Buat Beliau

Selepas berjaya membuka 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor, kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan. Kongsi ustaz Ebit Lew, FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama.

Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada Food Bank.

Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Percuma jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

Pernah sekali masa kerja orang selit RM2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Ebitlew

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

Take What You Need

Give What You Can

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*