Tak Perlu Mahal! Ini Cara Buat Mask Kunyit & Madu Untuk Kulit Berseri
Nak kulit muka cerah, halus dan berseri tanpa habiskan duit di spa?
Jawapannya ada di dapur rumah abang! Petua orang dulu-dulu yang masih relevan sampai sekarang – Mask Kunyit + Madu.
Gabungan dua bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, malah berkesan untuk merawat dan mencantikkan kulit secara semula jadi.
Kelebihan Mask Kunyit + Madu
1. Mencerahkan Kulit – Kunyit mengandungi curcumin yang membantu mengurangkan pigmentasi dan memberi tona kulit lebih sekata.
2. Melembapkan Kulit – Madu asli kaya dengan enzim semulajadi yang melembapkan kulit tanpa membuatnya berminyak.
3. Mengurangkan Jerawat – Kunyit bersifat antibakteria yang membantu melawan kuman penyebab jerawat.
4. Memudarkan Parut – Penggunaan secara konsisten boleh memudarkan parut lama dan bintik hitam.
5. Kulit Nampak Glowing – Gabungan kunyit & madu memberi kesan berseri secara semula jadi.
Cara Buat Mask Kunyit + Madu
Bahan-bahan:
• ½ sudu kecil kunyit serbuk / kunyit hidup yang ditumbuk halus
• 1 sudu besar madu asli
Langkah-langkah:
1. Campurkan kunyit dengan madu dalam mangkuk bersih sehingga menjadi pes.
2. Cuci muka dengan pencuci muka dan lap kering.
3. Sapu campuran mask secara nipis dan rata pada seluruh wajah.
4. Biarkan selama 10–15 minit sahaja (jangan terlalu lama untuk elak kulit jadi kuning).
5. Bilas dengan air suam sehingga bersih.
Tip Penting!
• Gunakan madu asli untuk hasil terbaik.
• Buat mask ini 2–3 kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat.
• Jika kulit sensitif, cuba sapu sedikit di tangan terlebih dahulu untuk pastikan tiada alahan.
Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan kelihatan lebih cerah, lembut, dan berseri. Bonusnya – mask ni juga selamat untuk semua jenis kulit kerana ia 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.
Leave a Reply