Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam besen di bilik air rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini pagi.
Difahamkan, kejadian berlaku petang semalam semasa mangsa berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan.
Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 3 pagi itu.
Ketika ini, mayat mangsa masih berada di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang bagi menjalani proses bedah siasat.
Sementara itu, nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada anaknya.
“Saya terus bergegas dari Taiping (Perak) ke sini selepas menerima panggilan telefon,” katanya ringkas ketika ditemui di Unit Forensik HPP di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp turut mengesahkan kejadian itu.
Beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas urusan bedah siasat selesai.
Sumber: K! ONLINE
Leave a Reply