‘Pilu’- Bayi berusia 2 bulan meningg4l terjatuh di celah katil

Seorang wanita mengalami trauma atas pemergian bayi lelakinya diperc4yai ak1bat terjatvh di cel4h katil di b1lik tidur sebelum ditemvkan sudah tidak bernyawa dalam kej4dian kira-kira 11 hari lalu.

Kisah duka tersebut dik0ngsi Thira Mishu menerusi Facebook group Kelab Ibu Meng4ndung Malaysia (KIMM) dengan memuat naik beberapa foto memaparkan pasukan forensik selain wajah anaknya berusia dua bulan itu.

Bercerita lanjut, Thira Mishu berkata dia yang bangun dari tidur mula mencari anaknya Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah dan tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah katil berkenaan.

“Siapa kat sini ada pengalaman anak meninggal dunia umur dua bulan jatuh celah katil, bukan tepi katil. Tapi celah katil kelamin,” soalnya kepada para ibu.

Disebabkan kejadian itu, dia mengakui berdepan trauma teruk seperti mengalami ketakutan kerana sering terbayang-bayang keadaan mangsa sekali gus berhasrat untuk berpindah ke kediaman lain.

“Trauma bilik tu pun takut nak masuk, apa lagi tidur atas katil tu. Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. punca trauma.. terbayang2 jumpa baby celah katil tu.

“Ya allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila. Bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nak msuk bilik tu sorang-sorang,” katanya.

Tak terfikir anak di celah katil, tau2 muka pucat..

Kalau mahu salahkan kecuaian ibu bapa juga tiada guna, anaknya telah pergi buat selama-lamanya. Sudah menjadi asbab si kecil itu ‘pergi’ disebabkan kejadian tersebut. Salam takziah!

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Sumber: jatimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*