Petua Turunkan Darah Tinggi & Kencing Manis Dengan Air Lemon + Chia Seed 🌿
“Dulu mak saya tiap minggu kena cek darah sebab tekanan tinggi. Doktor pun dah pesan kena jaga betul-betul. Saya cuba bancuhkan air lemon campur chia seed untuk mak, rupanya badan rasa ringan, gula pun makin stabil. Sekarang mak dah boleh jalan pagi tanpa cepat penat. Dia siap cakap, ‘lega badan rasa lain macam, lebih segar’ 🌿✨.”
Bahan-Bahan
-
1 biji lemon segar
-
1 sudu besar chia seed
-
Air mineral atau air bertapis secukupnya
Cara Menyediakan
-
Belah lemon kepada dua bahagian.
-
Perah jus lemon dan ambil kira-kira 1 sudu besar.
-
Campurkan dengan segelas air mineral atau air bertapis.
-
Masukkan chia seed, kacau hingga sebati.
-
Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, kemudian baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas) sekali.
-
Akhiri dengan selawat sebanyak 7 kali sebelum diminum.
👉 Amalkan setiap hari, paling baik diminum sebelum tidur untuk penawar semula jadi darah tinggi & kencing manis.
Khasiat Buah Lemon Untuk Kesihatan
Selain bantu menurunkan tekanan darah & menstabilkan gula, lemon juga mempunyai banyak manfaat lain, antaranya:
-
Mencegah masalah salur darah – elak risiko strok & serangan jantung.
-
Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.
-
Membantu sistem penghadaman – elak kembung & sembelit.
-
Mencegah batu karang dengan sifat sitrik semula jadi.
-
Mencegah anemia kerana bantu penyerapan zat besi.
-
Menyegarkan nafas & elakkan bau mulut.
-
Mengelakkan penyakit skurvi (kekurangan vitamin C).
-
Melambatkan tanda-tanda penuaan kerana kaya antioksidan.
Kesimpulan
Air lemon campur chia seed bukan sahaja mudah disediakan, malah penuh khasiat untuk kesihatan dalaman. Amalkan secara konsisten, insyaAllah tekanan darah dan gula dapat lebih terkawal, badan pun rasa lebih ringan dan segar. 🌿🍋
Leave a Reply