Nama-Nama Syurga Yang Digambarkan Al-Quran
Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Apabila disebut mengenai syurga, pasti ramai yang mengenalinya sebagai Jannah ataupun Firdaus. Nama-nama ini sangat terkenal, namun tahukah anda, sebenarnya banyak lagi nama syurga yang disebut dalam Al-Quran, antaranya:
1. Syurga Darussalam
“Bagi merekalah Syurga Darussalam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.” (Surah Al-An’am, 6:127)
2. Syurga Jannatul Makwa
“Di sisi Sidratul Muntaha. Yang di sisinya terletak Syurga Jannatul-Makwa.” (Surah An-Najm, 53:15)
3. Darul Muqamah
“Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga tidak akan merasa letih lesu.” (Surah Fatir, 35:35)
4. Syurga Adnin
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn.” Itulah kemenangan yang besar.” (Surah As-Saff, 61:12)
5. Syurga Naim
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.” (Surah Luqman 31:8)
Kesimpulan
Banyak lagi nama syurga yang diceritakan dalam Al-Quran beserta gambarannya. Ia adalah sebagai pemangkin semangat kepada hamba-hambaNya untuk tidak lelah dan penat dengan dunia.
Wallahu a’alam.
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply