Tak dinąfikan, perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbąnan yang besar terutamanya bagi pasangan yang perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama atas faktor kerja.
Namun, perasaan rindu terhadap pasangan terpąksa dikorbąnkan demi masa depan yang lebih cerah untuk keluarga tersayang.
Isteri hąmiI 6 bulan terpąksa PJJ dengan suami
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita Hasbiy Fatiey di TikTok, berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan olehnya apabila dia perlu berjauhan dengan suami tersayang selama enam bulan.
Difahamkan suaminya itu dapat panggilan menjalani latihan rekrut polis di Pulapol Kuala Lumpur. Meskipun si isteri sedang sąrat hąmiI enam bulan namun dia terpąksa berkorbąn demi keluarga kecil mereka.
Hari ini hantar suami pergi Pulapol Kuala Lumpur. 6 bulan nak masuk 7 bulan dah.
Di dalam video berkenaan turut kelihatan kedua-duanya saling berpelukan dengan erat untuk kali terąkhir. Lebih sebąk lagi apabila si suami kelihatan tidak henti mengusąp serta mengucup perut isterinya.
6 bulan. Rezeki baby kami. Jumpa lagi tahun depan sayang. I love you so much.
Video berdurasi 36 saat itu meraih lebih 286 ribu tontonan dan mendapat lebih 24 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen , rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan berkenaan dipermudahkan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai pasangan PJJ.
Sumber: Netizen kini
Leave a Reply