Benarkah Orang Arab Minum Air K3n cing Unta?

Walaupun kita duduk dalam negara yang majoritinya Islam – sekiranya kita sebutkan tentang amalan orang Islam menggunakan air k3n cing unta sebagai penawar kesihatan, pasti ramai yang akan ternganga mendengarnya bukan?

Ini kerana amalan tersebut sangat jarang didengari berlaku di negara kita, kerana halangan terbesarnya adalah di negara kita; kita tak mampu bela unta. Bagaimanapun di negara-negara yang beriklim panas dan berpadang pasir, unta memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan orang ramai.

Begitulah juga dengan kreativiti masyarakat Arab khasnya dalam mencari manfaat berkenaan tentang k3n cing unta. Tetapi apa yang perlu kita perhalusi dalam artikel ini; benarkah k3n cing unta mempunyai banyak khasiatnya?

Amalan k3n cing unta menurut Islam

Umat Islam di negara-negara Arab sehingga kini, masih lagi mengamalkan tabiat minum air k3n cing unta yang dicampurkan dengan susu unta sebagai salah satu kaedah penawar kepada kesihatan badan. Dari mana datangnya kepercayaan ini? Hadis!

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda;

Bahawa datang sekumpulan badawi dari puak ‘Urainah kepada Nabi SAW dan memeluk islam. Kemudian kerana terkesan dengan suhu madinah, kulit mereka menjadi kekuningan dan kembung perut mereka. Lalu Nabi mengirimkan kepada mereka susu unta dan mengarahkan mereka untuk minum susu dan air k3n cing unta sehingga mereka sembuh. (Riwayat al-Nasa’i (4035)

Walaupun terdapat khilaf daripada pandangan beberapa mazhab berkenaan isu penggunaan n4jis sebagai penawar kepada sesuatu penyakit, secara amnya hadis yang diriwayatkan itu secara spesifik menegaskan penggunaan air k3n cing unta adalah dibolehkan.

Pendapat ini dilihat sebagai pendapat yang lebih kuat berbanding dengan pendapat yang tidak membenarkannya dilakukan. Bagaimanapun, penggunaan air k3n cing unta sebagai penawar/ubat hanyalah diharuskan dalam konteks air k3n cing itu diminum sebagai ubat dan telah mendapat nasihat yang betul daripada pakar perubatan.

Kajian saintifik yang menyokong pendapat ini

Dalam kajian saintifik, sudah banyak kes di mana penggunaan air k3n cing direkodkan mempunyai kesan positif ke atas peny4kit-peny4kit yang dihadapi. Kepercayaan masyarakat Arab sejak zaman dahulu percaya air k3n cing unta mampu mengubati dan merawat banyak aspek kehidupan; daripada memperbaiki helaian rambut wanita, memperkuatkan gigi dan gusi, mer3wat keced3raan, gigitan ular, sakit perut dan bermacam lagi peny4kit lain.

Benarkah dakwaan ini? Benar. Kajian ke atas k3n cing unta mendapati air k3n cing tersebut mengandungi bahan yang memperkuatkan sistem imuniasasi seseorang tanpa mempunyai sebarang kesan toksik pada pengambilnya. Satu eksperimen menggunakan tikus mendapati tikus yang sengaja dijangkitkan dengan bakt3ria Escherichia coli pulih selepas menerima rawatan k3n cing unta – tanpa sebarang kesan sampingan.

K3n cing unta dilaporkan mempunyai kesan yang sangat efektif dalam merawat jangkitan fungus atau kulat, mikrob, mikroorganisma dan patogen yang mampu menyebabkan jangkitan pada kita. Sifat anti mikrobakteria yang ada pada k3n cing unta, adalah disebabkan oleh kandungan garamnya yang tinggi bersifat alkali, mempunyai bahan-bahan asli yang terbentuk hasil daripada tabiat pemakanan seekor unta.

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains Biologi, Universiti Raja Abdul Aziz mendapati di antara semua larutan k3n cing haiwan ternakan selain unta, seperti lembu dan kambing – hanya k3n cing unta mempunyai sifat beralkali disebabkan kandungan potassium, magnesium dan protein, selain mempunyai kandungan asid uric, sodium dan kreatin yang rendah.

Bagaimana pula dengan pandangan sarjana barat?

Tabiat meminum air k3n cing unta dikritik oleh Badan Kesihatan Sedunia atau WHO pada tahun 2015, sebagai punca penyebab utama peny4kit MERS atau Middle East R3spiratory Syndrome Contravirvs,sejenis p3nyakit yang bermula dengan batuk-batuk serta kesukaran bernafas – tetapi akan berlanjutan sehingga menyebabkan pneumonia dan kegagalan buah pinggan seandainya tidak dirawat.

Kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti punca sebenar peny4kit M3RS mendapati bahawa virvs penyebab peny4kit itu, dipercayai datang daripada unta-unta yang ada di sekitar Arab Saudi, khasnya unta berusia muda.

Pendapat ini mula dipandang serius selepas kes pertama melibatkan peny4kit itu berlaku melibatkan seorang lelaki yang memiliki 4 ekor unta, sebagai haiwan peliharaannya. Akibat daripada penemuan itu, kajian terhadap unta yang ada dijalankan dan penyelidik mendapati unta menjadi pembawa kepada virvs tersebut, namun unta sendiri didapati tidak terkesan dengan sebarang jangkitan.

Bagaimanapun, kumpulan penyelidik menjelaskan penemuan mereka hanyalah satu penemuan peringkat awal dan belum dapat membuktikan unta adalah penyebab kepada j4ngkitan virvs M3RS kepada manusia. Kajian itu hanya menunjukkan unta adalah pembawa virus tersebut.

Jadi boleh atau tidak minum air k3n cing unta sebagai vbat?

Untuk memberikan anda satu kesimpulan semata-mata, sangat sukar. Ini kerana setiap pihak mempunyai khilaf dan percanggahan dalam menyokong atau membangkang isu yang kita bincangkan ini.

Bagaimanapun, penulis bersetuju untuk mengambil jalan tengah adalah lebih mudah – berdasarkan kepada pendapat beberapa orang Mufti; sekiranya ada keperluan tak salah untuk kita berikhtiar mencubanya.

Tetapi pastikan ada keperluannya!

Ini kerana daripada perspektif agama Islam sendiri, ada disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuh buat kamu dari apa yang dih4ramkan ke atas kamu – Riwayat al-Baihaqi (1209)

Pendapat Imam Shafie juga membolehkan perubatan menggunakan n4jis dengan hanya kekangan atau larangan dijelaskan hanya melibatkan perkara yang memabukkan. Jadi, biarkanlah kita ada pilihan bila datangnya keperluan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*