Arwah Mengenali Orang Yang Menziarahi Ku burnya, Ini Penjelasannya

Yakin ramai antara kita selalu ke tanah perku buran untuk menziarah ku bur arwah ibu bapa atau saudara terdekat. Jadi, adakah arwah mengenali orang yang datang ziarah ku burnya?

Sungguhnya apabila seorang ziarah akan ku bur maka m4yat mengetahui dengan kedatangannya itu dan kenal akan orang yang ziarah dan menjawab akan salam yang dicuapkan oleh yang ziarah itu kerana berdalilkan beberapa hadith yang menyebut tentang perkara ini.

Berkata Imam Ibnu Al-Qayyim :

ان الأحاديث والآثار تدل على أن الزائر متى جاء علم به المزور من الأموات وسمع سلامه ورد عليه وأنس به

Artinya: “Sungguhnya segala hadith dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekelian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata :

ما من أحد يمر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فى الدنيا فيسلم عليه إلا عرفه ورد عليه

Artinya : “Tiada dari seorang kamu yang lalu ia pada ku bur saudaranya yang beriman yang dia kenal akan yang ziarah itu ketika di dunia lalu yang ziarah itu memberi salam atasnya melainkan m4yat itu pasti mengenalinya dan m4yat itu menjawab akan salam atasnya.”(Hadith marfu’ riwayat Ibnu Abdil Barri)

Berkata Bekas Mufti negeri Mesir Syeikh Abdul latif Hamzah :

الموتى ينتفعون بالدعاء والاستغفار لهم من الزائرين ويأتنسون بهم

Artinya: “Orang yang telah m4ti mengambil menafaat dengan doa dan istighfar bagi mereka oleh orang yang ziarah dan orang yang telah m4ti itu gembira dengan kedatangan mereka.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

KESIMPULAN

Apabila diziarah akan ku bur seorang Islam nescaya penghuni ku bur tersebut tahu dan kenal siapa yang ziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia, Dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni ku bur itu menjawab salamnya dan penghuni ku bur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*