Dilarang Sujud Lama Di Dalam Solat Berjemaah

Dilarang Sujud Lama Di Dalam Solat Berjemaah

Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Penulis teringat akan amalan meniatkan apa yang diinginkan semasa sujud. Dalam erti kata lain, sujudlah lama sedikit terutamanya ketika sujud yang paling akhir untuk berdoa apa yang diinginkan.

Namun, menjadi tanda tanya, bolehkah dibaca bacaan selain bacaan sujud – sama ada doa yang dibaca itu daripada potongan Al-Quran atau doa yang diniatkan sendiri dalam Bahasa Melayu.

Malah, terdapat juga kemusykilan lain tatkala solat yang dilakukan itu adalah secara berjemaah – kebiasaannya jemaah akan mengambil masa yang lama dalam sujud sehingga imam sudah memberi salam, barulah mereka akan mula bangun daripada sujud.

Sedangkan syarat untuk solat berjemaah adalah dengan mengikuti setiap pergerakan imam, jika sudah terlampau lama, bagaimana pula keadaannya?

Terdapat beberapa pendapat dan khilaf ulama’ berkenaan perkara ini, iaitu:

1 – Boleh Membaca Doa Ketika Sujud

Menurut jumhur ulama’, dianjurkan (harus) untuk berdoa di dalam sujud kerana pada waktu ini, kedudukan hamba sangat dekat dengan Allah.

Walau bagaimanapun, doa yang dibaca perlulah diniatkan di dalam hati sahaja dan juga bukan dengan bacaan yang kuat atau secara tilawah dan sebagainya.

Boleh meminta dan berdoa (di dalam hati) dalam bahasa sendiri seperti Bahasa Melayu, dengan niat untuk meminta kepada Allah dan bukan dibacakan secara kuat.

“Sesungguhnya aku dilarang membaca Al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun ketika rukuk maka perbesarkanlah Tuhan kamu di dalamnya. Manakala ketika sujud bersungguhlah kamu dalam berdoa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 479)

Berbeza dengan situasi dalam rukuk – menurut pendapat Imam Malik, makruh hukumnya berdoa ketika rukuk. Hal ini kerana, kita dianjurkan untuk mengagungkan Allah semasa rukuk dengan bacaan ketika rukuk.

2 – Dilarang Berlama Ketika Berjemaah

Menurut pendapat jumhur ulama’ seperti Imam Syafi’e, makruh hukumnya sujud lama melebihi imam sehingga imam hampir mengucapkan salam pada tahiyat akhir.

Hal ini kerana, syarat untuk solat secara berjemaah adalah dengan mengikut pergerakan imam. Jika memegang alasan untuk berdoa ketika sujud, adalah lebih baik berdoa selepas solat.

“Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti dengannya, maka apabila imam bertakbir maka hendaklah kamu semua bertakbir dan apabila ia rukuk maka hendaklah kamu rukuk.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 378)

Kesimpulan

Berdoa ketika sujud itu hukumnya harus jika bersolat secara sendirian dan bukan mengikut imam. Baginda SAW juga dikatakan pernah sujud lama di dalam solatnya bagi meminta dan berdoa kepada Allah.

Wallahu a’alam.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*