Isi Khutbah Jumaat Boleh Dicatat Atau Sebaliknya
Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Syarat sah solat Jumaat ialah dengan mendengar khutbah Jumaat tanpa sebarang gangguan lain seperti bercakap, melakukan urus niaga dan sebagainya.
“Hukum mendengar khutbah Jumaat adalah wajib ke atas muslim yang melakukan solat Jumaat. Malah, apabila mendengar rakan di sebelah bercakap, kita dilarang untuk menegurnya supaya diam.”
Betapa besarnya anjuran mendengar khutbah sehingga umat Islam dilarang untuk melakukan perkara-perkara yang melalaikan.
“Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 892)
Walau bagaimanapun, timbul beberapa persoalan mengenai bolehkah mencatat isi khutbah tersebut dengan alasan untuk lebih mengingat akan apa yang disampaikan.
Menurut pendapat Imam Nawawi RA, beliau berpendapat bahawa hati perlu ditujukan sepenuhnya kepada khutbah. Adalah menjadi kewajipan untuk mengelakkan diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Dengan erti kata lain, walaupun menulis isi khutbah itu bukan termasuk dalam perbuatan yang sia-sia kerana ia boleh menambah kefahaman, namun ia boleh mengganggu fokus seseorang.
Adalah lebih baik untuk meninggalkan perbuatan mencatat isi khutbah tersebut sama ada ia dicatat di atas kertas atau dalam bentuk digital seperti telefon.
Malah, menurut pendapat Mufti Wilayah, ia juga boleh mengelakkan daripada timbulnya fitnah terhadap jemaah yang melihat akan situasi tersebut.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Khutbah Jumaat
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply