6 Khasiat Garam Bukit Yang Pasti Membuatkan Anda Terkejut Dengan Kemampuannya

Dewasa ini garam bukit semakin mendapat tempat dihati ibu-ibu di Malaysia. Makin ramai yang mula menggantikan garam biasa & garam putih di dapur kepada garam bukit untuk digunakan dalam masakan seharian.

Apa keistimewaan garam bukit berbanding garam biasa? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat garam bukit.

Apakah perbezaan di antara garam bukit & garam biasa?

Garam biasa yang kebanyakannya merupakan garam yang diambil dari laut dihasilkan dengan kaedah penyejatan air laut. air laut yang kering akan menjadi garam. Kandungan mineral, warna, dan tahap kemasinan garam tersebut bergantung kepada air laut yang digunakan.

Garam bukit pula dihasilkan dengan kaedah perlombongan di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam yang diperolehi akan diproses menggunakan bahan kimia untuk menjadikan teksturnya lebih halus. Dari segi rasa, ianya lebih masin daripada garam biasa.

Bagaimanakan cara untuk menggunakan garam bukit?

Garam bukit boleh digunakan dengan pelbagai cara seperti:

Masukkan dalam makanan

Masukkan dalam minuman

Disapu pada badan

Dijadikan sebagai air mandian

Dijadikan sebagai air rendaman kaki

Dijadikan sebagai lampu

Dimasukkan ke dalam bekas

Apakah khasiat garam bukit?

Garam bukit kaya dengan 1001 kebaikan dan khasiat. Di antara kebaikan garam bukit yang telah dikenal-pasti ialah seperti berikut:

1. Garam bukit yang dimasukkan ke dalam bekas

Garam bukit yang diletakkan ke dalam bekas lalu diletakkan ke dalam bilik akan membantu memberikan aura positif kepada mereka yang berada di dalam bilik tersebut. Ia akan membantu menghilangkan caj-caj negatif yang menjadi punca selalunya berlaku pergaduhan, pertengkaran, dan perselisihan faham.

Jika rumah atau penghuni dalam rumah mengalami gangguan jin atau sihir, anda boleh berikhtiar dengan memasukkan garam bukit & lada hitam ke dalam bekas dan diletakkan di setiap penjuru rumah, terutamanya di kawasan paling banyak gangguan.

2. Garam bukit yang dijadikan sebagai lampu

Lampu garam bukit mampu memberikan mood dan persekitaran yang tenang & membantu menghilangkan stress. Ia juga membantu menghilangkan keletihan & lenguh-lenguh badan. Dalam masa yang sama membantu memberikan aura positif kepada rumah anda.

Meletakkan lampu garam bukit di sebelah katil membantu anda lebih mudah tidur & mendapat tidur yang lebih berkualiti. Selain memberikan aura positif kepada anda & suami. Jika anda dan pasangan yang mula mengalami ketidak sefahaman, dan sering bertelagah, kami cadangkan anda berikhtiar dengan membeli sebuah lampu garam.

Sekiranya pertelingkahan anda disebabkan oleh sihir dan khianat orang ketiga, insya Allah akan membantu. Sekiranya anda bergaduh keran masing-masing stress dan kepenatan, garam bukit juga membantu mempositifkan semula mood anda berdua.

3. Garam bukit yang dijadikan sebagai air mandian

Mandian air garam bukit memberikan aura positif kepada diri anda. Membantu menghilangkan segala sifat-sifat negatif dan menggantikan dengan aura positif yang akan menjadikan anda lebih bersemangat, yakin diri, positif dengan diri sendiri, dan lebih rajin untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh juga campurkan bahan-bahan lain selain garam bukit. Di antara bahan yang sesuai dimasukkan ialah:

3 biji limau purut atau limau nipis yang dipotong 4
Bunga-bungaan yang berbau wangi seperti mawar
Sedikit ais

Caranya: Campurkan kesemua bahan tadi kedalam satu baldi air. Biarkan seketika sehingga air menjadi sejuk, gunakan air tadi untuk mandi.

4. Garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki

Garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki membantu:

Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan

Membuang toksin & kotoran dari badan

Melegakan sakit otot, kekejangan, lenguh-lenguh, serta sakit sendi

Mengurangkan sakit kaki akibat terlalu banyak berdiri atau berjalan

Melembutkan tumit kaki merekah

Menghilangkan sakit kepala, pening, dan migrain

Membuang angin dari badan

Membuang lemak dari badan

Mengatasi masalah kegatalan

Mengatasi masalah kulat air

Menghilangkan bau kaki

Mengurangkan sakit gout

Memberikan kesegaran

Mengurangkan kepenatan

Mengurangkan stress

5. Garam bukit yang disapu pada badan

Garam bukit juga boleh disapukan ke bahagian badan yang memerlukan rawatan seperti gatal-gatal, kulat air, kurap, panau, dan kelemumur. Caranya, larutkan garam bukit ke dalam air dan sapukan ke bahagian terbabit. Biarkan sehingga kering.

6. Garam bukit yang dimakan & diminum

Garam bukit juga boleh dimasukkan kedalam makanan dan minuman. Di antara khasiat yang akan ada perolehi ialah:

Memberikan tenaga

Mengurangkan ketegangan dan stress

Mengurangkan kepenatan

Mengurangkan sakit badan & sendi

Menyeimbang asid & alkali dalam tubuh badan

Menstabilkan tekanan darah

Melancarkan aliran jus hempedu yang sangat penting untuk mengawal berat badan

Mengurangkan sakit gout dengan cara membuang toksin & asid urik yang berlebihan dari dalam badan

Mengurangkan risiko keracunan makanan

Menyerap gas-gas lengai yang terdapat dalam usus dan perut

Merangsang kelenjar tiroid untuk mengelakkan penyakit yang berpunca dari masalah kelenjar tiroid

Melancarkan sistem saraf

Membantu pesakit kanser

Menambah kandungan oksigen dalam darah

Meneutralkan asid dalam perut.

Mendapan yang boleh menjadi punca pembentukan batu karang, batu dalam hempedu

Meningkatkan kadar metabolisma

Memecahkan lemak dan kolesterol

Mengurangkan ketagihan merokok

Mengurangkan ketagihan gula dan alkohol

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan ujian-ujian klinikal ke atas pesakit yang diberikan larutan tepu garam bukit setiap hari untuk tempoh masa yang tertentu. Hasi kajiannya mendapati bahawa pesakit yang mengambil garam bukit setiap hari mengalami kehilangan logam-logam merbahaya seperti plumbum, merkuri dan racun arsenikrsenik. Enapan kalsium yang menjadi punca batu karang & batu hempedu berkurangan, PH darah yang seimbang & proses detox yang berkesan.

Itulah dia khasiat garam bukit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Sumber: Bidadari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*