Nelayan Dakwa Dikejar M4khluk Misteri Dengan Mata Yang Bercahaya

Satu video yang memaparkan detik-detik cemas seorang nelayan dikejar oleh seekor makhluk misteri dengan mata yang menyala telah menjadi tular.

Nelayan tersebut sempat merakam detik cemas itu ketika dia sedang memecut laju menaiki botnya untuk lari daripada makhluk yang muncul di luar pantai Rio Grande do Sul, Brazil.

Dalam rakaman yang mendebarkan itu, nelayan tersebut dapat dilihat sedaya upaya cuba memecut laju botnya untuk menjauhi makhluk berkenaan.

Makhluk misteri itu dapat dilihat mempunyai badan yang panjang dan gelap dengan mata yang bercahaya ketika sedang mengejarnya.

Makhluk itu bergerak dengan cara menyelam dan timbul ke permukaan kira-kira sepuluh kali sebelum hilang.

Tidak dapat dipastikan kesahihan serta apakah sebenarnya makhluk itu.

Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 39 ribu kali.

Sumber: Siakap Keli
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*