Habis Jah4nam Kereta Gara2 Pemandu Teruja ‘test drive’ Mercedes

Malang bagi seorang lelaki apabila kereta mewah yang dipandunya terbabas lalu merempuh paip air, petang semalam.

Video kemalangan tersebut yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook miliknya memaparkan pemandu terbabit sedang memandu uji kereta Mercedes E43 AMG di satu jalan yang lurus.

Tiba-tiba dia gagal mengawal kenderaannya apabila tiba di satu selekoh tajam sebelum terbabas lalu merempuh paip air di tepi jalan.

“Ya sedap memang sedap. harap penumpang selamat. Apa pun nyawa nombor satu. Serious wey, kereta ‘test drive’ sekalipun, korang jangan ‘lenjan’ macam ni.

“Cukuplah tarik sikit-sikit untuk rasa sedapnya ‘traction’ dia. Anyway insurans ‘cover’ ke?” tulis Yazeed di bahagian kapsyen.

Yazeed juga menasihati para pemandu agar lebih berhemah dan sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana nyawa tiada galang gantinya.

Dalam pada itu, video berdurasi 29 saat itu turut dimuat naik ke laman Twitter @MOFASAD dan menerima lebih 2,700 ulang kicau serta 2,500 tanda suka.

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*