![1](https://mysumbermaya.com/wp-content/uploads/2021/09/1-137-678x381.jpg)
Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi insan lain. Jasa dan pengorbanan para guru mendidik anak bangsa adalah tidak ternilai.
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang guru yang masih gigih bekerja walaupun dia sedang menerima rawatan di hospital.
Menerusi perkongsian Sandra A. Venegas, bapanya membawa komputer riba ke dalam wad kerana bimbang tidak dapat menyelesaikan pembahagian gred untuk laporan kemajuan pelajarnya.
Apa yang menyedihkan guru berkenaan dilaporkan meninggal dunia sehari selepas itu.
Dalam nada kekesalan, Sandra berkata dia sepatutnya menghabiskan lebih banyak masa bersama bapanya memandangkan dia juga bekerja dari rumah.
Menerusi perkongsian yang sama, Sandra memberi penghargaan buat para guru di luar sana yang masih gigih memberikan yang terbaik walaupun dunia sedang berdepan dengan pandemik.
Pada masa yang sama, dia menyeru agar para guru sentiasa membahagikan tugas-tugas mereka dan jangan terlalu keras bekerja sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Sumber: cempedakcheese
Leave a Reply