Dah 4 tahun isteri meninggal, pakcik ini tak jemu dengar ‘voice note’ suara arwah

Kehilangan pasangan hidup suami atau isteri pasti meninggalkan kesan yang besar dalam diri seseorang. Ditambah pula di usia emas, ketiadaan insan yang telah berpuluh tahun menemani kehidupan, sakitnya pasti lebih terasa.

Seperti perkongsian oleh seorang individu menerusi akaun Facebook Eddie Dieana yang dipertemukan dengan seorang warga emas ketika mahu membeli makanan.

Dia yang menyapa lelaki itu tidak menyangka di sebalik pertemuan mereka, rupanya terdapat kisah cinta yang meruntun hati dan pengajaran dalam hidup.

Ikuti perkongsiannya di bawah:

Tadi masa tengah bungkus nasi saya perhatikan seorang pakcik sedang duduk sambil voice note dengan seseorang..

Terdengar perbualan antara pakcik tu dan isterinya yang berbunyi..

Isteri: “Abang kerja elok-elok.. nanti kalau lapar jangan lupa makan bekal yang sayang masakkan tu tau.. sayang tak pandai masak sangat.. tapi tu lah lauk kegemaran abang walaupun tak sedap mana sayang masak”

Tak lama saya dengar seperti ayat yang sama diulang-ulang oleh isterinya.. terdetik dalam hati.. agaknya bini dia suka cakap benda sama dua tiga kali kot.. atau voice note yang sama tapi pakcik tu ulang banyak kali..

Tak lama lepas tu aku cuba beranikan diri untuk rapat dengan pakcik tu.. aku seloroh bertanya..

“Bungkus makan jugak ke pakcik..” dengan muka tersenyum dia jawab “ye dik.. bungkus je sebab nak makan dekat rumah..”

Aku: oh.. isteri pakcik tak ada kat rumah ke? (sebab aku tengok ada 1 bungkus je)

Pakcik: “Isteri pakcik dah 4 tahun meninggal..”

Aku: “Habistu tadi pakcik voice note dengan siapa..”

Pakcik: “Itu voice note lama yang pakcik simpan sampai sekarang.. bila rindu pasti pakcik akan dengar.. Pakcik takde anak.. jadi hubungan kami amat rapat macam kawan baik.. bila dia dah tiada pakcik tak tahu nk bercerita dengan siapa..

So pakcik luangkan masa yang ada dengar semua voice note dari dia… isteri pakcik meninggal masa kami sama-sama solat subuh berjemaah.. meninggal masa tengah sujud..

Aku terus tak berani nak cakap banyak sebab nampak dia sedih.. tapi sebelum aku pergi dia ada pesan.. kalau adik whatsapp dengan isteri.. jangan biasakan taip.. tapi pakailah voice note..

Bila saat jauh macam sekarang ni boleh dengar suara isteri selalu.. bila rindu boleh dengar suara dia berulang kali..

Sumber: Eddie Dieana
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*