Buat anda yang mempunyai perabot di dalam rumah berasakan kayu, pastinya tidak pernah terlepas mengalami masalah berkaitan anai-anai bukan? Habislah semua perabot yang baru sahaja dibeli ‘dira tah’ oleh anai-anai!
Sudah pelbagai cara yang telah digunakan untuk menghapvskan anai-anai ini namun masih tidak berjaya. Jadi apa kata kita cuba salah satu tips menggunakan minyak tanah dan garam kasar dijadikan dalam bentuk semburan untuk mengapvskan anai-anai di rumah. Katanya memang menjadi!
DIY SEMBURAN HALAU ANAI-ANAI

Alhamdulillah… Dari perkongsian sahabat-sahabat kita.. akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi seperti artikal yang diberikan sahabat kita sebelum.
BAHAN-BAHAN
- Minyak tanah 2kg (agak-agak 2 botol meneral)
- Garam kasar 2kg (dalam 2 beg)
CARA-CARA
Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas (saya guna tin thiner).. biarkan semalaman.. dan keesokannya mulakan operasi.

Hasilnya.. terbaik! Bersidai semua anai-anai yang kena tu.. hahaha… Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak.. Moga berguna untuk semua.
Info tambahan:
1. Sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
2. Simbah dekat anak-anai dan lebihkan dekat sarang.
3. Guna botol dan tebuk penutupnya, kemudian taburkan lebihan garam tersebut untuk elak anai-anak ‘mera tah’ kayu di rumah.
4. Untuk kawasan atas tanag mungkin kena lebih kerap, maksimum 3 kali baru menjadi.
5. Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam.
Sumber: Cucu Atok D’Pallet
Leave a Reply