“Satu Dalam Seribu” Peguam Terima Ketam Sebagai Bayaran Khidmatnya

“Bangga tolong orang susah” Seorang peguam baik hati telah menerima ketam sebagai upah kerana anak guam tiada duit nak bayar atas khidmatnya. Dalam hal ini, Seorang peguam ini berasal dari bandar Sorsogon, Filipina. Menerusi perkongsian tersebut terdapat beberapa gambar yang telah dimuatnaik di Facebook yang memperlihatkannya sedang memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah.

Peguam itu menjelaskan bahawa anak guamnya memberikan ketam itu selepas habis perbicaraan dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayarnya. Dia dengan baik hati menerima ketam tersebut.

Tular di internet, dia juga berterima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata baik buatnya.

“Ketam sangat mengenyangkan tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak berkongsikan mengenai cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina,” katanya menerusi Facebook.

Bose juga memuatnaik gambar ketam yang sudah dimasak di ruangan komen.

Sumber: Siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*