‘Pilu’- Kanak-kanak perempuan mavt dil4nggar depan rumah

KANAK-KANAK perempuan mavt selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain basikal di kawasan rumahnya bersama dua rakannya iaitu Amran, 8, dan Amirah, 7.

Dalam masa yang sama, sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak dan melanggar mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian, pemandu kenderaan terbabit berasal dari Setiu menjalankan perniagaan durian di jalan besar tidak jauh dari kampung itu.

“Ketika melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.

“Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengejarkan anaknya ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*