“Terima Kasih Allah Di Atas Ibu Mentua Terbaik Di Dunia.” Luahan Hati Fasha Sandha Buat Netizen Terharu! Di Atas Ibu Mentua Terbaik Di Dunia.” Luahan Hati Fasha Sandha Buat Netizen Terharu!

Awan hitam yang menyelubungi figura seni bernama Fasha Sandha ini sudah berlalu dan kini dia mengecap bahagia bersama suami tersayang, Aidil Aziz dan anak-anak.

Raut wajah Bahagia jelas terpancar di wajah Fasha, selain dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel, pelakon Dua Takdir Cinta turut bersyukur dan berterima kasih kepada Dia Yang Satu kerana diberikan ibu mentua terbaik.

Menerusi satu perkongsian, Fasha melahirkan rasa syukur sambil memuat naik sekeping gambar bersama ibu mentuanya. Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik gambar bersama ibu mentua Rokkiah Md Noor.

Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Rata-rata pengikut memberikan komen beruntungnya Fasha kerana memiliki ibu mentua yang baik. Dalam masa yang sama turut memuji penampilan ibu mentua Fasha nampak muda dan lembut orangnya.

Sumber: IG Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*