Seorang lagi wira negara yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Kesihatan (PPK) di Johor meninggal dunia.
Berita kematian Ahmad Shah Abdul Karim dimaklumkan rakan sekerja arwah sebelum dikongsi anak lelakinya di Facebook.
“Assalamulaikum… Saya mewakili ayah saya arwah Ahmad Shah bin Hj. Abdul Karim menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau sepanjang beliau bertugas di klinik kesihatan ataupun di hospital ada menyinggung perasaan atau menyakiti mana-mana pihak.
“Sekiranya sesiapa yang berhutang dengan beliau kami sekeluarga halalkan dan sekiranya beliau ada berhutang dengan sesiapa sila tuntut dengan saya warisnya (anak dan isterinya).
“Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.. Aamiin,” tulis anak arwah yang dikenali sebagai Muhamad Haziq.
Difahamkan, arwah Ahmad Shah sempat menabur bakti sebagai salah seorang barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Leave a Reply