Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang pemuda di Kampung Padang Mokan, Peringat yang terpaksa menjaga dua insan tersayang yang kini terlantar sakit.
Mohammad Zuasraf Zulkifli, 25, terpaksa berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian kepada abangnya, Mohd Khairul Anuar, 33, atau Abang Long yang juga orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal serta ayahnya, Zulkifli Ismail, 60, yang dis3rang strok.
Menurut Mohammad Zuasraf, selepas arwah ibu, Rohati Awang meninggal dunia enam tahun lalu akibat penyakit talasemia, adiknya, Muhammad Adli Zulkifli, 23, menjaga Abang Long selama tiga tahun sebelum dia menyertai latihan ketenteraan pada 2018.
Sejak itu, saya mengambil keputusan berhenti bekerja di sebuah kilang membuat batu bata kerana mahu memberikan sepenuh perhatian kepada Abang Long. “Meskipun ada adik-beradik lain namun ada di antara mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.
Ujian yang menimpa Mohammad Zuasraf semakin bertambah selepas ayahnya dis3rang strok sejak Aidilfitri yang lalu menyebabkan ayahnya lumpuh seluruh badan sehingga dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Ketika ditanya mengenai zaman remajanya yang tidak seperti orang lain, anak kelima daripada enam beradik ini berkata, apa yang berlaku sudah menjadi ketentuan ALLAH dan beliau reda menerima hakikat tersebut bagi menjaga bapa dan abang long.
“Kadang kala ada juga terfikir, andainya saya berkahwin, adakah pasangan saya nanti sudah bersedia untuk bersama-sama mengurus serta menjaga bapa dan abang long,” katanya.
Sumber: kulihatlangitbiru
Leave a Reply