Petua Mandian Herba Untuk Hilangkan Lesu & Badan Lemau
Kalau badan rasa lemau, lesu, cepat penat, atau penuh angin, cuba amalkan mandian herba tradisional ini. Sesuai untuk mak-mak atau sesiapa sahaja yang nak rasa lebih segar, ringan, dan bertenaga.
Bahan-Bahan Mandian Herba
- Daun serai – Buang angin, legakan otot & tenangkan saraf
- Daun limau purut – Antibakteria semula jadi, segarkan kulit & rambut
- Daun pandan – Melembutkan kulit, bau wangi tradisional, bantu keluarkan peluh
- Daun lengkuas – Panaskan badan, lancarkan darah, hilangkan lenguh
- Daun salam (atau ganti daun kunyit/inai) – Redakan sengal otot, tenangkan sistem saraf
Cara Penyediaan Mandian Herba
- Cuci bersih semua daun.
- Masukkan dalam periuk besar berisi air (lebih kurang 1 baldi).
- Rebus hingga naik bau dan air bertukar warna.
- Bila suam, tuang ke dalam baldi dan guna untuk mandi dari kepala hingga kaki.
- Amalkan seminggu sekali atau bila badan rasa berat, lesu, dan banyak angin.
Kebaikan Mandian Herba Ini:
✔ Buang angin dalam badan
✔ Legakan otot tegang & lenguh
✔ Segarkan kulit & naikkan seri wajah
✔ Tenangkan emosi & bantu tidur lena
Leave a Reply