‘Pilu’- Kerani mavt kereta dihempap pokok getah ketika ke tempat kerja

TAMPIN: Seorang kerani maut apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok getah berusia lebih 70 tahun dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Keru-Batu Belang, dekat sini, pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Nur Zalehan Balkish Abdul Majid, 27, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut penduduk, Zul Azis, 63, dia sempat berpatah balik ke rumahnya yang terletak kira-kira setengah kilometer dari lokasi kejadian bagi mengambil pemotong kayu.

“Masa itu mangsa masih bernyawa dan meminta tolong untuk mengangkat pokok yang menghempap keretanya. Saya balik rumah dan segera ambil pemotong kayu.

“Bila dah potong kami tak mampu nak angkat batang pokok berkenaan kerana terlalu besar dengan diameter hampir satu meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Abdul Talib, 64, berkata, dia sangat terkejut apabila terdapat kereta yang dihempap pokok di lokasi berkenaan kerana baharu sahaja beberapa minit melalui lokasi tersebut.

Menurutnya, dia dalam perjalanan dari rumah kakaknya menuju ke kedai bagi membeli sarapan.

“Balik dari kedai itulah saya lihat ada kereta dihempap pokok. Mangsa minta tolong alihkan pokok tumbang dan penduduk yang ada di situ berusaha mengalihkannya sebelum bantuan tiba.

“Bagaimanapun dengan keadaan mangsa ketika itu yang dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman ada penduduk yang mengajarnya untuk mengucap sebelum mangsa meninggal dunia,” katanya.

Sumber: wowberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*