
Sekarang ini, semua resepi boleh dibuat sendiri. Belajar sendiri di rumah. Anda hanya perlu masa lapang untuk isikan dengan memasak. Seperti perkongsian resepi kali ini, kebiasaanya hidangan ini dipesan atau dimakan di kedai sahaja. Siapa sangka, kita boleh buat sendiri di rumah?
Makan pula bersama roti kukus dan cicah atau sapu kaya pandan homemade ini. Kalau di ajak makan beramai-ramai ini, confirm semua berebut sebab sedap sangat!
Nak cuba buat sendiri Kaya Pandan ini di rumah. Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Fazelina Isa ni memang terbaik.
Homemade Kaya Pandan. Buat Stok Banyak-Banyak
Bahan-Bahan:
- 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula (“cikgu fazz buat 3/4 je”)
- 1 kotak santan (200g)
- 2 sudu susu pekat manis
- 3 sudu tepung jagung
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Titiskan sedikit pewarna hijau kalau nak
Cara-Caranya:
- Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
- Tenggekkan atas api dan kacau hingga ia berkilat.
Siap! Sekejap kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Selamat mencuba!
Sumber: Fazelina Isa
Leave a Reply