Guna Kulit Telur Buat Baja Cara Mudah Dan Jimat Pokok Lebih Sihat Dan Subur

Wah, ada banyak kelebihan baja kulit telur kan? Jom kita tengok cara buat baja kulit telur untuk tanaman yang dikongsikan oleh Angah Dira di bawah ini.

Cara Buat Baja Kulit Telur

Assalamualaikum.. Di sini saya nak kongsi sedikit ilmu. Nampak tak kulit telur di dalam gambar di bawah? Selepas kita guna telur, kulitnya kita boleh buat baja tau.

Jangan terus buang kulitnya kerana kulit telur boleh dijadikan baja organik / baja buatan kita sendiri. Tak perlu buang duit beli baja di kedai kerana kita boleh kitar semula bahan-bahan yang berada di rumah saja.

Kebaikannya elok untuk kesuburan pada pokok dan pokok kita jadi lebih sihat..Ya..Sebagai baja..! Ada juga yang kata ia boleh jadi penyembuh dari hama tanah.

Apapun, baja kulit telur ni memang jimat dan mudah je nak buat. Ikuti langkah-langkah cara membuat baja di bawah ya kawan-kawan..

1. Simpan Kulit Telur

Selepas kita gunakan telur, kita kumpulkan kulit telur dalam satu bekas / tempat.

Ini kulit telur yang saya dah kumpulkan ya kawan-kawan.

2. Ramas & Hancurkan

Kita ramas-ramaskan kulit telor seperti di dalam gambar ini ya kawan-kawan.

Ramas sehingga hancur ya seperti di dalam gambar ini.

3. Sangai

Selepas di ramas-ramas, masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.

Kita sangai (goreng tanpa minyak) ya.

4. Kisar

Selepas di goreng, kisar sehingga halus.

Kut-kut kalau ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur ni, petuanya kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam.

In sha allah… Akan hilang bau pada blender.

5. Tabur & Gembur

Taburkan pada pokok seperti di dalam gambar ni.

Selepas di taburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah.

Dan siram pokok tersebut.

 

Siap dah baja kulit telur.

Mudah kan?

Lepas ni jangan buang kulit telur yang dah dipakai tu tau. Boleh kita manfaatkan untuk tanaman dan tengoklah hasilnya nanti.

Selamat mencuba..

Sumber: Fb Angah Dira














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*