Memang ada banyak racun ulat dan serangga yang dijual di pasaran yang boleh mengatasi masalah ini.
Tapi, di sini kami nak kongsikan sebuah petua dan cara DIY racun ulat dengan lebih mudah, jimat dan berkesan melalui sebuah posting oleh saudara Tam.
Jom tengok posting beliau selengkapnya di bawah ini.
Ramai yang mohon saya share bahan dan resepi air sabun. (macam resepi makanan pulak)
Ini percubaan saya setelah dapat petua diy racun ulat pokok dari seseorang di Group Berkebun di Rumah (dia pun hanya kata ” sembur air sabun”)
Bahan yang digunakan
- 1 sudu makan Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur ( ada aloe vera + garam) berwarna jernih.
- 2.0 liter air (saya guna air paip Syabas jer)
Cara-cara
- Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur.
- Isi sampai penuh penuh, biarkan buih yang terhasil keluar baru tutup dengan penutup.
- Lepas tu enjoylah menyembur. Bancuhan ni boleh tahan agak lama juga.
Cara Guna Racun Ulat DIY
Saya tak sembur hari hari, cuma sembur bila nampak binatang tu (ulat / bena putih) baru saya sembur.
Yang saya perasan, kangkung tak boleh sembur sebab nanti daunnya melecur.
Yang lain daun lebih hijau dan sehat. Sembur pada pokok pokok yang saya tanam sahaja (saja saja cuba):
- Pokok Limau purut
- Pokok Serai
- Pokok Chili
- Pokok Pudina
- Pokok Daun Kari
Ini Hasilnya
Saya start semai biji cili ni dari benih cili yang di beli di pasar.
Sejak pokok ni dalam 3 inci tinggi ulat putih (bena putih) banyak menyerang, adalah dalam lebih 10 ekor kut.
Macam macam petua dah cuba termasuk sembur dengan aerosol nyamuk water based.
Tapi minggu lepas ada seorang yang bagi petua sembur air sabun.
Ok, saya guna sabun pencuci pinggan yang boleh basuh sayur dan buah (cecair warna jernih – cop sunlight ada aloe vera dan garam)
Saya pun masa tu first time buat, agak agak jer… Alhamdulillah, ulat / bena putih tu terus mati.
Petua Halau Ulat / Bena Putih Yang Memang Berkesan & Jimat!
Memang mudah sangat nak buat racun ulat / bena putih ni kan?
Lepas ni bolehlah kita cuba. Jimat sangat sebab hanya 1 sudu sabun pencuci pinggan, bancuhan boleh dapat sampai 2 L.
Seeloknya cuba sembur sedikit dahulu dan lihat kesannya.
Kalau ok, bolehlah teruskan sembur macam biasa.
Selamat mencuba.
Sumber: Group Berkebun di Rumah
Leave a Reply