Resepi Ayam Kicap Mayonis Sedapnya Sampai Menjilat Jari

Masakan ayam masak kicap memang sangat popular dalam kalangan  masyarakat malaysia. Berbeza sedikit pekongsian oleh Fairuz Abu Hassan ini, asalnya sekadar cuba-cuba namun berhasil apabila masakan ayam kicap mayonis yang dimasaknya habis licin dimakan anak-anak dan suami.

Jom ikuti perkongsian ini dibawah

RESEPI AYAM KICAP MAYONIS SEDAAP MENJIILAT JARI

Resepi ni Fairuz saja-saja cuba jer. AlhamduliLLAH kena dengan tekak cik suami dan anak-anak. Makan nasi bertambahh-tambahh!
Resepi ni korang bole jugak makan dengan ketupat ke,roti ke @ lemang. Kompom menjilatt jari hehe. Bahan-bahan dan cara buatt pun mudahh jer.

BAHAN-BAHANNYA

  • Kicap manis( Fairuz suka guna kipas udang)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Bawang putih 5 ulas dicincang haluss
  • Bawang besar (dipotong)
  • Serai 1@2 batang diketuk
  • Tomato 3biji (2 biji dicincang haluss,sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)
  • Ayam yang telah siap digoreng.
  • Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak@ pun tidak)

CARA-CARANYA :

1. Tumis serai bagi garing.

2. Masukkan bawang putih,biar garing.

3. Bila dah garing, masukkan tomato cincang.

4. Masak sehingga tomato hancur, tambahh sedikit air.

5. Bila dah hancur, masukkan sos cili, kicap. Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin maniss boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.

6. Dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatann ikut suka, lagi banyak lagi pekat kuah.

7. Bila dah sebati mayonis tu, masukkan ayam, gaul lagi.

8. Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang di potong dadu dengan bawang besar.

9. Masak sampai pecah minyak k!

10. Siap untuk dihidang kan.

SELAMAT MENCUBAA!

Sumber: Fairuz Abu Hassan
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*