Cara Mudah Buat Kuih Bakar Di Rumah Hanya Guna Air Fryer Menjadi

Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang, serta sangat harum baunya hasilnya.

Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yang sangat sedap.

Resepi perkongsian Tsu Feh Sufiah sangat ringkas dan mudah disediakan. Hanya bakar dalam air fryer sahaja. Mari kita ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

RESEPI KUIH BAKAR SUPER SIMPLE

Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. saya share resepi kat bawah ni siapa ada air fryer boleh cuba.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 Cawan air daun pandan
  • 2 Cawan santan/1kotak kecil
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan Gula
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu kecil garam
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • 1 Sudu kecil pewarna hijau
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi(optional)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkn dlm loyang (loyang airfryer tu tak yah guna baking paper pun takpe sebab tak melekat pun.

2. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu. Masukkan je dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit .Siap!!

3. Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tgh tu akn mendap.. Serius sedap.. Fuhhh bau dia. Selamat Mencuba

Sumber: Tsu Feh Sufiah
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*