Antara cara ataupun petua untuk ikan bilis rangup selepas digoreng ada terus goreng ikan bilis tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Namun cara ini kurang sesuai diamalkan kerana kemungkinan semasa proses membuat ikan bilis itu sendiri mungkin terjatuh dan dikutip semula, ataupun cara penyimpanannya yang tidak bersih.
Nak tak nak, memang kena basuh dulu baru kebersihan terjamin dan jangan risau, ada cara untuk memastikan ikan bilis yang dibasuh bersih ini kekal rangup selepas digoreng malah Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.
Cara seperti perkongsian oleh Liza Idris di bawah ini.
TIP IKAN BILIS GORENG KEKAL RANGUP
Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai. Caranya ada pada setiap gambar ya. Selamat mencuba
Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.
CARA-CARANYA :
1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye.
Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
3. Renjiskan cuka ikut keperluan.
4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan.
5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.
7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat. Selamat mencuba!
Sumber: Liza Idris
Leave a Reply