Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an. Lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah.

Bebola ikan salut tepung, tapi yang dijual tu dia cucuk pada lidi pendek. Sekarang tak pernah jumpa dah. Sekarang banyak dipasaran bebola ikan keluaran Muslim.

RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • Bebola ikan
  • Tepung berempah ( saya guna bestari)
  • Tepung Goreng pisang ranggup

CARA-CARA:

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul hingga sebati.

2. Masukkan bebola ikan, gaul rata.

3. Panaskan minyak dan goreng bebola sehingga keemasan.

4. Hidangkan bersama sos pencicah.

Selamat mencuba.

Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang mengimbau memori bersama makanan ini. Seronok pula membaca reaksi mereka apabila bertemu makanan yang sudah jarang muncul sekarang ini.

Anda dah cuba nanti, boleh kongsikan kepada anak-anak dan jiran tetangga supaya makanan ini tak lapuk ditelan zaman okay!

Sumber: Facebook Nur Masri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*