Cara Betul Goreng Kuetiau Tak Kembang Dan Hancur Bila Masak Baru Sedap

Dah beberapa kali nampak ahli group ini menghadapi krisis menggoreng kuetiau. Di sini saya kongsikan tips asas untuk selamatkan keadaan ya…

1) Kuetiau tidak mesra dengan air, jadi…

  • Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
  • Basuh pakai air paip je. Bukan dengan air panas.
  • Membasuh kuetiau adalah pilihan. Sesetengah orang buat, sesetengah orang tidak. Saya pilih basuh, untuk asingkan kuetiau satu satu. Tak suka yang melekat.

2) Bila menggoreng, kuetiau sangat mesra dengan minyak. Jadi, sila letak minyak lebih sikit.

3) Nak penang stail letaklah sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.

4) Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau tomato/chili sauce. Ingat, kuetiau tidak mesra dengan air.

5) Tambah air apabila hanya nak buat Char Kuetiau banjir.

6) Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit sebelum digaulkan/kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng tu.

Okay ini sajalah tips. Harapnya, dapat membantu mengurangkan insiden kuetiau goreng kembang.

Sumber: Facebook Yurni Emilia via Masak Apa Tak Jadi Hari Official














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*