Cara Mudah DIY Rak Rempah Ratus Di Rumah Modal Pun Jimat

Kalau asyik rimas barang dapur selalu berselerak, botol sos kicap tak tahu nak susun macam mana… Cuba DIY rak rempah ratus ni.

Memang mudah dan sangat jimat, cuma guna bahan-bahan yang boleh dapat di kedai RM2.10 je.

Ini perkongsian Dr Hani Mynis tentang cara DIY rak rempah ratus paling simple dan bajet.

Jom kita cuba!

Dah lama tak kongsi projek DIY Hani.

Santai2 ni hani nak kongsi cara hani diy rak rempah dari barang Eco.

Haritu ada promosi rempah dalam botol ni berharga rm2-4 satu. Memandangkan kebanyakan nya Hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab label nya colorful haha), Hani fikir boleh juga beli kan. Haha alasan sangat!

Selepas tu mula lah misi mencari rak penstoran yang sesuai haha sbb seperti yang hani selalu cakap setiap benda mesti kena ada rumahnya kan. Lagi pulak, laci rempah ratus hani dah penuh.

Jenuh mencari tapi tak jumpa haha akhir nya hani Diy je sndiri dari besi (cooling rak namanya) ni.

Dengan kos RM2.10, Hani dapat satu rak rempah yang sesuai dgn saiz botol rempah hani tu.
Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yang nak buat juga di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

  • Cooling rack (beli di Eco RM2.10)
  • Playar (dah ada kat rumah)
  • Cable tie (dah ada kat rumah)

Cara-cara

Caranya rujuk pada gambar di bawah:

1. Mula-mula gunakan plier ratakan tiga segi tu (rujuk gambar seterusnya)

diy rak rempah ratus

Jadikan rata macam ni.

diy rak rempah ratus

2.Lepas tu ukur dan tanda kat mana kita nak lipat dia.

diy rak rempah ratus

3. Kemudian bolehlah lipatkan dia (guna plier)

Mungkin memerlukan kekuatan suami hahaha. Adoi tak larat Hani nak lipat sendiri, keras juga benda alah ni.

diy rak rempah ratus

4. Lipat lagi satu untuk jadikan dia bentuk U.

Macam ni.

Simple sangat cara buatnya kan?

5. Last sekali ikat dengan cable tie kat hujung untuk elakkan botol tu jatuh dari sisi rak.

diy rak rempah ratus

Lepas tu bolehlah lekatkan ke dinding ikut kaedah masing-masing. Nak guna cangkuk atau nak drill ke, terpulanglah.

Ini hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hani Mynis














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*