Peti Ais Kurang Sejuk Servis Sendiri Ikut Kaedah Ini Jimat Kos

Tips DIY peti sejuk yang kurang sejuk. Boleh jimat mungkin dalam RM250, sebab DIY sendiri modal RM40 sahaja.

Itu pun keluar modal sebab masalah no 2 (di bawah), masalah no 1 tak perlu keluar modal langsung. Tak perlu panggil pomen somen. Kalau anda mengalami masalah ini, boleh cuba buat sendiri.

2 JENIS MASALAH PETI SEJUK

1. Masalah bahagian bawah peti dan bahagian freezer tak sejuk (letak ikan pon 2 hari dah buruk).

2. Masalah bila on peti ais, main breaker akan trigger dan off automatik, ada kebocoran arus.

CARA-CARA UNTUK DIY SENDIRI MASALAH 1:

1. Tutupkan suis peti ais.

2. Buka cover cooling coil seperti gambar.

3. Cabut perlahan-lahan cover dan cabut socket yang bersambungan.

4. Anda akan nampak ketulan ais dibelakang cover cooling coil telah menutup laluan udara sejuk ke atas dan kebawah, ini yang menyebabkan peti ais anda tidak sejuk.

2 CARA MENCAIRKAN KETULAN AIS

Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais tersebut. Sama ada dengan menggunakan hair dryer atau biarkan peti ais mati dalam masa 3-4 hari.

5. Setelah ketulan ais dah mencair, tutup kembali semua cover yang dicabut dan pasang semua socket kembali ketatkan.

6. Jangan lupa cek takungan air, buang atas compressor dekat belakang peti ais. Takut-takut melimpah pulak air tu ya.

7. Peti ais boleh digunakan seperti biasa.

Untuk masalah kurang sejuk sahaja, kalau tidak sejuk langsungā€¦sila panggil pomen yang lebih arif, mungkin gas habis atau compressor anda tidak berfungsi. Tapi apa salah mencuba cara ni dulu.

CARA-CARA DIY MASALAH 2:

1. Tutupkan suis peti ais.

2. Buka cover cooling coil seperti gambar.

3. Cabut perlahan-lahan cover dan cabut socket yang bersambungan.

4. Lihat glass heater yang berada dibawah cooling coil, mungkin telah pecah dan spring heater telah menyentuh body peti ais, ini yang menyebabkan main breaker selalu trigger dan off.

5. Keluarkan glass heater yang berada dibawah cooling coil dan tukar baru mengikut saiz yang sama. Modal glass heater cuma RM40 sahaja.

6. Pasang kembali glass heater dan semua cover dan socket yang dicabut.

7. Peti ais dah boleh dibuka tanpa masalah.

Sumber: Facebook Mohd Hafiz Zullkipeli














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*