Bagi mereka yang bersikap boros, amat sukar ya untuk berjimat cermat inikan pula untuk menabung banyak godaan disekelilingnya. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi perlulah berusaha jika inginkan ganjarannya.
TAKTIK MUDAH MENABUNG BAGI ORANG BOROS
Kini, terdapat pelbagai cara untuk menyimpan seperti simpanan harian, mingguan, bulanan dan bermacam lagi cara. Oleh itu, mari ikuti taktik menabung yang dikongsikan oleh Anaa Sofianaa buat individu yang bersikap boros, terutamanya.
Yaa! Saya lah itu orangnya. Boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula. Haha!
Jadi disini Anaa mahu share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ini dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
MENYIMPAN IKUT TARIKH HARI BULAN
- 1 hb RM1
- 2 hb RM2
- 3 hb RM3
- 4 hb RM4 (dan begitulah seterusnya sampai la hujung bulan)
- 30 hb RM30
- 31 hb RM31
Dan ulang benda yang sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting ikut tarikh Hari Bulan yaa! Jadi kalau genap 12 bulan = setahun, kita akan dapat total RM5767.
Ini cara paling best yang semua orang boleh buat tau! Cara ni sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab masa tu PKP dan lepas total ada la juga dapat RM4310.
Sebab Anaa jenis suka barangan dapur, (nota buat bakal suami = dulang hantaran nanti bagi set barang dapur ok. Haha) jadi terbeli laa set set kuali ni haaa! Ibu ibu saja tahu ni berapa harganya.
Dapatlah reward diri dengan set set kuali harga kayangan, sebelum ini dapat cuci mata ja. Alhamdulillah tercapai juga hajat akhirnya.
Lagi satu alasan anaa, for future nanti lepas berumah tangga senang sikit ada sudah barang dapur sendiri.
Ini contoh jadual menabung yaa, untuk setahun. Jadi boleh tick hari-hari. Ikut hari tu. Berapa hari bulan, ikutlah nilai hari tersebut. RM1 RM2 RM3 RM4 RM5 & seterusnya.
Contoh Januari, tick sampai bawah, lagi best hari-hari buat mana tahu terlupa sudah masuk tabung atau belum. Jadi better kita main tick tick yaa.
Di hujung tu boleh total per month. January berapa total & seterusnya laa. Dibawah sekali nanti hujung tahun baru total semua sekali per month tu.
BOLEH PAKAI CARA INI BAGI:
1. Abang kakak yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri.
2. Bujangan yang mahu kahwin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran).
3. Ibu ibu yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Ayah ayah yang mahu ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain.
TAKTIK MENABUNG BUAT GANJARAN DIRI SENDIRI
Ini tabung untuk reward diri saja tau! So pakai la untuk apa yang dihajati.
Paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik & keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Tuhan bagi walaupun sekecil kecil nilainya.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021. Jom menabung!
Sumber: Facebook Anaa Sofianaa
Leave a Reply