Resepi Orang Dulu Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Tepung Gomak Inti Kelapa Manis Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kalau anda penggemar setia kuih tepung gomak, apa kata cuba resepi yang dikongsi oleh Marlia Lia sehingga menerima 16 ribu tanda suka di laman Facebook. Jom cuba!

RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS MACAM DI KAMPUNG

Tiada rahsia tersembunyi. Selamat mencuba, doakan saya dikurniakan kesihatan yg lebih baik dan murah rezeki. Dah cukup memadai. Saya mula kenal kuih ni masa usia saya kecik lagi.

Belum sekolah pun lagi. Mak buat, arwah abah yang tolong jual dekat pasar malam. Kecik-kecik saya dah suka kuih ni sampai lah usia saya 37 tahun sekarang. Selamat menjamu selera.

Cara penyediaan inti:

  • ½ biji kelapa parut muda
  • 3 sdm gula merah / gula melaka
  • 3 sdm gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan disimpul
  • 1 cawan air
  • 1-2 sdm tepung gandum
  • (Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air bersama daun pandan.

2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah & gula pasir. Renehkan seketika.

3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.

4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung & masak seketika. Gaul rata, sejukkan.

5. Bulat-bulatkan besar ikut suka

Cara penyediaan doh: (untuk hasilkan 20biji kuih)

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sdm membukit tepung gandum
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit garam
  • (Cawan 250ml)

Cara-cara:

1. Larutkan garam bersama air.

2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.

3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.

4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras

5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.

6. Didihkan air dalam periuk.

7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau

Cara-cara salutan kacang hijau

1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.

2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.

3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak & blend lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.

4. Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.

5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

atau cara terpaling mudah:

Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis roasted ye. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual. Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas.

Hasilnya not bad! Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih kole kacang, batang buruk & putu kacang.

Sumber: Facebook Marlia Lia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*