Cara Buat Ayam Goreng Mamak Di Rumah Guna Bahan Ini Confirm Rasa Macam Kedai

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ramai yang mula berjimat, nak makan kat kedai mahal sekarang ni sebab harga ayam pon dah naik, elok kita buat kat rumah, lebih jimat dan lebih sedap. Lebih seronok makan bersama-sama ahli keluarga mahunpun kawan-kawan serumah.

Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak yang bikin ketagih ni. Memang sedap dan rangup.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG BIKIN KETAGIH

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

BAHAN UNTUK DIKISAR :

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

CARA-CARA :

LANGKAH 1 :

Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

LANGKAH 2 :

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak

Selamat mencuba!

Sumber: Rencah Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*