Seluar Hitam Dah Pudar Guna Bahan Ini Hitamkan Kembali Mudah Jadi Macam Baru

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaian. Kalau anda seluar hitam yang pudar, bole cuba cara seperti perkongsian di bawah. Memang menjadi!

CARA HITAMKAN SEMULA SELUAR HITAM YANG PUDAR

Perkongsian ini dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @erene__ dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah, seluar hitam kesayangan bertukar menjadi seperti baharu dibeli. Wow!

Berikut merupakan bahan diperlukan:

  • Fabrik dye (dua paket dan pemati warna)
  • Air panas
  • Garam

Cara hitamkan seluar:

1. Basah atau rendamkan seluar hitam terlebih dahulu.

2. Kemudian, dalam bekas lain campurkan air panas, garam dan fabrik dye.

3. Rendam seluar selama 30 minit sambil kacau.

4. Angkat dan jemur sehingga kering.

5. Dalam bekas lain, campurkan pemati warna, garam dan air biasa.

6. Rendam sehingga 2 atau 3 jam dan jemur untuk kali kedua.

Hasilnya? Seluar hitam macam baru beli. Apa yang best tag seluar tak hitam pun. Wajib cuba ni!

Sumber: TikTok Erene

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*