Cara Mudah Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap, Rasa Pun Lebih Sedap

Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk buah mangga asam boi memang laris!

Tapi syaratnya jeruk buah mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.

Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap

Ada tak hantu atau peminat jeruk buah mangga asam boi macam sis? Sis nk share resepi.. Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
  • 3 – 4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)

Penyediaan

1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.

2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.

3. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk buah mangga yang ranggup gitu.

Selamat mencuba.

Sumber: Sham Sabri
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*