Awas Petanda Kereta Rosak Perhatikan Pada Bahagian Bunyi Ini Bila Pandu

Jika kenderaan anda mengeluarkan bunyi ada bunyi-bunyi pelik ketika memandu. Ia merupakan satu pentanda yang tidak boleh anda abaikan.

Ada banyak sebab kenapa sesebuah kereta itu mengeluarkan bunyi pelik seperti ketukan, geseran, dan bunyi nyaring. Bunyi ini boleh jadi petanda awal kepada komponen tertentu di dalam kereta mengalami masalah. Ada yang boleh ditangguhkan, tetapi ada bunyi yang perlukan perhatian segera!

Jadi disini kami kongsikan antara bunyi pelik yang anda tidak boleh abaikan:

1. BUNYI KETUKAN DI BAHAGIAN TAYAR

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

2. BUNYI SIULAN TERUTAMANYA KETIKA DI SELEKOH

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing chain. Timing chain yang tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak.

3. BUNYI BESI BERGESER SETIAP KALI TEKAN BREK

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

4. BUNYI NYARING DARI BAHAGIAN BONET

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing chain yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing chain yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

5. EKZOS MENGELUARKAN BUNYI KUAT KETIKA MEMECUT

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

Jika anda berhadapan dengan bunyi-bunyi ini atau sebarang bunyi pelik daripada kenderaan, segeralah bawa kenderaan anda untuk diperiksa oleh pakar. Penting untuk kita memastikan kenderaan kita sentiasa dalam keadaan terbaik!

Sumber: Sinar.My , Raya Khas Autohub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*